Malaysia Masters: Pang Ron- Ee Wei mara ke pusingan kedua

Aksi Pang Ron- Ee Wei ketika menentang Kim Won Ho-Jeong Na Eun di pusingan pertama Masters Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil pada Rabu.
Aksi Pang Ron- Ee Wei ketika menentang Kim Won Ho-Jeong Na Eun di pusingan pertama Masters Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil pada Rabu.
A
A
A

PASANGAN beregu campuran negara, Hoo Pang Ron- eoh Ee Wei mara ke pusingan kedua Masters Malaysia selepas menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun pada Rabu.

Pada aksi yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Pang Ron- Ee Wei bangkit daripada tewas pada set pertama untuk menang dalam perlawanan rubber set 23-25, 21-8, 21-7.

“Untuk set pertama, awal permainan (kami) tak main betul sangat. Mungkin lawan ada analisis video permainan kami.

“Bagaimanapun pada set seterusnya, kita sudah baca cara permainan mereka, dan tukar taktik untuk menang perlawanan ini,” kata Pang Ron kepada pemberita selepas perlawanan.

Menanti pasangan negara itu di pusingan kedua adalah pemegang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lu - Huang Do Ping yang menewaskan satu lagi wakil Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Yon 21-12, 21-17.

“Untuk perlawanan lawan (pemain) China, memang kena banyak prepare (persediaan) sebab mereka adalah top player (pemain terbaik).

“Apa yang penting adalah percaya diri dan ikut sahaja apa perancangan jurulatih untuk perlawanan esok,” katanya.