Covid-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR: Tiga kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan pada Ahad berbanding lapan kes yang dicatat pada Selasa.

Menurut data KKM di portal CovidNow, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,787 kes.

Satu kematian dilaporkan melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini sebanyak 30,019.

28,709 individu atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 30 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,238 pesakit dirawat di hospital dengan 43 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Awani