'Dr Mahathir tak percaya'

 Abu Hassan menunjukan salah satu produk kilangnya.
Abu Hassan menunjukan salah satu produk kilangnya.
A
A
A

GURUN - Pemilik Kilang Jus Buah-Buahan milik Nanas Merbok Sdn Bhd, Abu Hassan Man berasa bangga apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melahirkan rasa kagum terhadap keupayaannya sebagai orang Melayu berjaya membuka kilang berkenaan.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa Dr Mahathir tidak percaya orang Melayu boleh membuka kilang ini, namun apabila selepas datang ke sini, beliau sendiri berasa kagum.

Abu Hassan berkata kehadiran Dr Mahathir ke kilang hari ini menjadikannya semakin bersemangat untuk memperbesarkan perniagaannya itu sekali gus berkeinginan meluaskan pasaran produknya ke peringkat lebih tinggi.

"Dr Mahathir ada cakap tadi kalau buat produk mesti kena pasarkan di luar negara dan letak di bandar besar.

"Buat masa sekarang, produk saya ini hanya dipasarkan di kawasan wilayah utara sahaja dan insya-ALLAH selepas ini kita akan berusaha ke arah itu," katanya.

Mengenai kilangnya itu, Abu Hassan berkata, kilang itu sudah pun beroperasi sejak dua tahun lepas dengan memproses buah-buahan tempatan untuk menjadi jus; kordial; puri; sos dan buah-buahan kering.

Operasi kilang Abu Hassan juga membolehkan penduduk kampung mengatasi masalah lambakan buah-buahan seperti nenas, cempedak, durian dan nangka," katanya.

Artikel Berkaitan: