Kos pemulihan Ukraine dianggar AS$750 bilion

Kos membina semula negara dilanda perang itu kini dianggarkan akan menelan belanja sekitar AS$750 bilion. - Gambar fail
Kos membina semula negara dilanda perang itu kini dianggarkan akan menelan belanja sekitar AS$750 bilion. - Gambar fail
A
A
A

MOSCOW - Akibat operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, kos membina semula negara dilanda perang itu kini dianggarkan akan menelan belanja sekitar AS$750 bilion, kata Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal pada Isnin.

"Siapa yang harus bertanggungjawab membayar kos pemulihan negara, yang kini dianggar bernilai AS$750 bilion?

"Kami rasa aset Rusia dan oligarki negara itu yang dirampas boleh digunakan untuk membiayai pembinaan semula Ukraine," katanya pada Persidangan Pemulihan Ukraine di Switzerland.

Shmyhal berkata, aset Rusia bernilai AS$300 bilion hingga AS$500 bilion Rusia telah dibekukan dan sebahagian daripada wang itu telah dirampas kerajaan asing.

Ukraine juga mengalu-alukan derma daripada pelbagai negara dan pemberi pinjaman antarabangsa bagi memperoleh lebih banyak pembiayaan, lapor Sputnik.- Bernama