Sila log masuk terlebih dahulu.

Selangor cadang perkenal Program Permit Khas untuk tanah pertanian

Mohd Zawawi (depan lima dari kiri) bergambar sempena Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Halal Peringkat Daerah Hulu Langat di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, pada Selasa.
Mohd Zawawi (depan lima dari kiri) bergambar sempena Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Halal Peringkat Daerah Hulu Langat di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan Selangor dalam cadangan memperkenalkan Program Permit Khas yang membenarkan tanah pertanian digunakan untuk kegiatan lain termasuk pembangunan industri halal.

Exco Agama, Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, usaha itu dilakukan berikutan industri halal menjadi tumpuan utama dunia.

"Sebagai contoh, jika sesiapa yang mempunyai tanah persendirian dan ingin memulakan bisnes atau perniagaan membabitkan keperluan untuk menukar status tanah.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada terma dan syarat yang dikeluarkan oleh PBT (pihak berkuasa tempatan)," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Mohd Zawawi sebelum itu hadir ke Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Halal Peringkat Daerah Hulu Langat di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, pada Selasa.

Artikel Berkaitan: