Sila log masuk terlebih dahulu.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Persidangan ACWW

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
A
A
A
KUCHING - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan Persidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) bagi kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh, di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Seri Paduka Baginda tiba pada jam 10 pagi dengan diiringi oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan isteri Premier Sarawak, Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang.

Persidangan tiga hari yang bermula semalam itu bertujuan membina rangkaian kerja serta kolaborasi dalam kalangan wanita di dalam dan luar negara, di samping mempelajari serta berkongsi pengetahuan, menerusi sidang pleno serta lawatan pendidikan.

Persidangan itu menghimpunkan 202 perwakilan wanita dari negara Brunei, Kemboja, Indonesia, Filipina, Singapura dan Malaysia.

Sementara itu Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam rakaman ucapannya yang disiarkan di persidangan itu berkata hampir separuh daripada populasi Sarawak terdiri daripada golongan wanita, dan kerajaan negeri telah menampilkan pelbagai inisiatif serta bantuan bagi membangunkan kapasiti, keupayaan dan kecekapan mereka.
Artikel Berkaitan:


"Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita merupakan pihak sangat berbakat dan gigih dalam membantu mencapai matlamat pembangunan Sarawak. Anda (NGO wanita) dapat dekati kumpulan rentan atau terjejas dalam komuniti kita ini dan mencari penyelesaian inovatif untuk menangani masalah," katanya. - Bernama