Boehly mahu jumpa Tuchel bincang ‘kehadiran’ Ronaldo

Ronaldo. - Foto NDTV
Ronaldo. - Foto NDTV
A
A
A

PEMILIK Chelsea, Todd Boehly mengumumkan dia bakal mengadakan perbincangan dengan pengendali The Blues, Thomas Tuchel berhubung kehadiran bintang Portugal, Cristiano Ronaldo ke Stamford Bridge.

Menurut Boehly, dia juga telah berbincang dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes bulan lalu berhubung perkara berkenaan.

“Saya akan bercakap dengan Tuchel mengenai perkara ini dan saya tahu ia akan menjadi satu perbincangan yang panjang.

“Bagaimanapun, sebarang keputusan hasil pertemuan kami itu hanya akan diumumkan selepas kami mencapai kata sepakat,” katanya.

Untuk rekod, khabar angin mula bertiup kencang mengenai kehadiran pemain berusia 37 tahun itu sejak mengumumkan tidak mahu menyambung kontraknya bersama Manchester United.

Malah, tindakan pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu yang tidak menyertai latihan bersama United Isnin lalu semakin menguatkan khabar angin berkenaan.

Untuk rekod, beberapa kelab Eropah seperti Sporting Lisbon, AS Roma dan Bayern Munich juga dikatakan sedang berusaha bagi mendapatkan khidmat Ronaldo.

Sementara itu Boehly berkata, kehadiran Ronaldo di Stamford Bridge dilihat mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Romelu Lukaku yang memilih untuk kembali ke Serie A bersama Inter Milan.

“Bagi saya kehadiran Ronaldo akan kembali memperkuatkan pasukan ini setelah pemergian Lukaku.

“Saya juga percaya pengalaman yang dimiliki Ronaldo akan membantu pemain-pemain lain untuk beraksi dengan lebih baik,” katanya.