Allianz tawar hadiah barangan runcit bernilai RM10,000

Kempen Allianz Motorcycle Sweep menawarkan hadiah barangan runcit bernilai RM10,000 selama setahun.
Kempen Allianz Motorcycle Sweep menawarkan hadiah barangan runcit bernilai RM10,000 selama setahun.
A
A
A

ALLIANZ Malaysia Berhad (Allianz) menawarkan hadiah barangan runcit bernilai RM10,000 selama setahun menerusi kempen Allianz Motorcycle Sweep di AEON Mall Kota Bharu, AEON Mall Bukit Mertajam dan AEON Mall Shah Alam yang diadakan bermula 1 Julai hingga 30 November ini.

Allianz dalam satu kenyataan berkata, untuk mengambil bahagian dalam kempen itu, orang ramai boleh membeli atau memperbaharui Allianz Motorcycle Plus atau Allianz Motorcycle di mana-mana cawangan Pos Malaysia atau ejen Allianz yang sah dan dapatkan entri untuk Sweep Gempak dan Hadiah Bulanan Cabutan Bertuah.

Menurut kenyataan itu, setiap pembelian polisi Allianz Motorcycle Plus atau Allianz Motorcycle akan melayakkan pemegang polisi dengan tiga entri dan sebuah entri dengan setiap pembelian polisi Allianz Motorcycle Plus atau Allianz Motorcycle.

“Kempen ini akan menampilkan lima pusingan cabutan bertuah dan tiga pusingan cabutan Sweep Gempak. Peserta-peserta yang tidak berjaya semasa cabutan tersebut masih layak untuk bertanding dalam cabutan seterusnya sepanjang kempen berlangsung.

“Untuk cabutan bulanan, seramai 60 pemenang akan dipilih untuk memenangi barangan runcit selama sebulan (baucar hadiah berjumlah RM1,200). Cabutan Sweep Gempak akan diadakan antara bulan Ogos dan Oktober untuk menentukan peserta acara Sweep Gempak yang akan diadakan di Kota Bharu (September), Pulau Pinang (Oktober) dan Lembah Klang (November),” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pada setiap acara Sweep Gempak, pemenang hadiah utama akan membawa pulang barangan runcit selama setahun (RM10,000 baucar hadiah dan sebuah troli dipenuhi barangan runcit berjumlah RM2,000) dengan sembilan pemenang sagu hati yang akan membawa pulang barangan runcit untuk tempoh enam bulan (RM5,000 baucar hadiah sebuah troli barangan runcit berjumlah RM2,000).

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Sazali Abdul Rahman berkata, Allianz mencipta Allianz Motorcycle Plus berdasarkan keperluan kumpulan B40 dan M40 bawahan supaya penunggang motosikal boleh mendapatkan pelindungan, perkhidmatan tuntutan dan bantuan tepi jalan pada waktu yang diperlukan tanpa kos tambahan.

“Kempen Allianz Motorcycle Sweep menawarkan 330 baucar hadiah untuk barangan runcit bernilai lebih dari RM630,000 dengan harapan ia boleh membantu rakyat Malaysia.

“Jadi, apa yang hanya perlu dilakukan ialah untuk membeli sebuah polisi Allianz Motorcycle Plus antara 1 Julai hingga 30 November 2022 untuk menyertai kempen ini,” katanya.

Allianz Motorcycle Plus menawarkan penunggang dan pembonceng motosikal yang sah untuk motosikal 250cc dan ke bawah dengan perlindungan tambahan dengan RM10,000 setiap seorang untuk Kematian/Hilang Upaya Kekal dan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari, sehingga 60 hari) tanpa kos tambahan.

Selain itu, perlindungan komprehensif tersebut juga menampilkan perlindungan tambahan iaitu Perlindungan Jumlah Diinsuranskan Penuh Peril Khas (melindungi banjir, tanah runtuh, atau mana-mana bencana alam) dan bantuan tepi jalan.

Bantuan tundaan kecemasan (percuma sehingga 50 kilometer, dua hala), penghantaran petrol, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit yang disediakan oleh Alianz Road Rangers (1800-22-5542).