Sila log masuk terlebih dahulu.

City tandatangani Phillips dari Leeds

Phillips menandatangani kontrak selama enam tahun bersama City. Foto: Manchester City
Phillips menandatangani kontrak selama enam tahun bersama City. Foto: Manchester City
A
A
A

PEMAIN tengah England, Kalvin Phillips melengkapkan perpindahan ke Manchester City dari Leeds United selepas bersetuju untuk mengikat kontrak selama enam tahun bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Difahamkan City bersetuju untuk membayar £42 juta (RM224.5 juta) terlebih dahulu kepada Leeds bagi mendapatkan Phillips dengan tambahan £3 juta (RM16.04 juta) akan ditambah dalam bentuk bonus.

“Saya benar-benar gembira dapat menyertai Manchester City. City merupakan salah satu pasukan terbaik di negara ini selain mempunyai skuad yang menakjubkan dan memiliki pengurus terbaik di dunia, Pep Guardiola.

“Ia bukan peluang yang senang untuk bermain dan belajar di bawah Pep. Saya tidak sabar untuk berkerjasama dengannya,” kata Phillips.

Untuk rekod, Phillips merupakan pemain ketiga ditandatangani City pada musim ini selepas penyerang berbisa, Erling Haaland dan penjaga gol, Stefan Ortega.

Sepanjang bersama Leeds, Phillips telah bermain lebih 200 perlawanan dan berjaya menjaringkan 14 gol sejak membuat penampilan sulung bersama skuad senior pada musim 2014-15.

Selain itu, pemain tengah itu juga memperoleh 23 cap bersama England sejak membuat penampilan sulung pada 2020 dan beraksi di Kejohanan Eropah (Euro) 2020 tahun lalu, apabila anak buah Gareth Southgate tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali di final.

Artikel Berkaitan: