Teruskan kecemerlangan anda dalam industri filem: Gobind

Menteri KomunIkasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (tiga, kiri) menyampaikan anugerah kepada Penerbit Filem One Two Jaga Bront Palarae (dua, kiri) yang memenangi kategori Filem Terbaik pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini Turut kelihatan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith (kiri). -Foto Bernamaal Caption ***

A
A
A

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini menggesa semua pemain industri perfileman negara agar meneruskan kecemerlangan dalam melaksanakan kerja-kerja mereka.

Dalam mengucapkan tahniah kepada mereka yang menjayakan Festival Filem Malaysia ke-30 semalam, Gobind berkata ia sememangnya suatu acara yang meraikan kepelbagaian Malaysia.

"Kepada semua yang terbabit dalam industri berkenaan, acara malam tadi benar-benar mempamerkan kesungguhan dan komitmen anda untuk membina, membangun dan akhirnya menempa kejayaan. Ada semua adalah juara, teruskanlah kecemerlangannya,” katanya dalam ciapan terbaharu Twitternya

Gobind merasmikan acara malam tadi dan menyampaikan piala serta hadian kepada para pemenang anugerah.

Filem ‘Crossroads: One Two Jaga’ memenangi anugerah untuk beberapa kategori utama termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Nam Ron), Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh) dan Cerita Asal Terbaik. -Bernama

Artikel Berkaitan: