Mayat perempuan disyaki dibunuh: Polis

Mayat perempuan itu dijumpai tersangkut pada jeti kayu pada petang Khamis.
Mayat perempuan itu dijumpai tersangkut pada jeti kayu pada petang Khamis.
A
A
A

BUKIT BERUNTUNG - Penemuan mayat seorang perempuan di jeti kayu dekat Sungai SKC pada Khamis lalu diklasifikasikan semula kepada kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, bedah siasat dijalankan Pakar Patologi Hospital Sungai Buloh pada 30 Mac mengesahkan mayat terbabit seorang perempuan lingkungan usia 20-an.

Menurutnya, bangsa dan identiti mangsa tidak diketahui namun dipercayai rakyat tempatan kerana terdapat bekas suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

"Mangsa dipercayai mati lebih dari tiga hari berdasarkan keadaan fizikal dengan dua kesan luka berlubang dan satu kesan hentakan di bahagian kepala.

"Manakala tulang tengkorak patah dan ada kesan cedera di kepala berkemungkinan akibat hentakan objek tumpul.

"Terdapat juga kecederaan di dada sebelah kanan kemungkinan gigitan haiwan dan kesan lebam di jari tengah, tangan kiri yang berkemungkinan kesan pergelutan.

"Cap jari mangsa diambil untuk pemeriksaan identiti dan punca kematian disebabkan kecederaan parah dikepala (Blunt Force Trauma To The Head)," katanya.

Akhbar ini pada Sabtu lalu melaporkan penemuan mayat tersebut yang dijumpai seorang pekerja projek korek pasir kira-kira jam 2.04 petang hari kejadian.

Artikel Berkaitan:

Pekerja terbabit, Mohd Sabri Che Hasam, 32, berkata, dia menjumpai mayat itu ketika ke jeti berkenaan untuk mandi dan mengangkat joran pancing yang ditinggalkan pada malam sebelumnya.

Menurutnya, mayat terbabit lengkap berpakaian dan tersangkut pada tiang jeti bersama longgokan sampah.

"Pada malam kelmarin dalam pukul 3 pagi, saya ada pergi ke jeti untuk memancing dan tapi jeti ditenggelami air yang naik selepas hujan.

"Saya mancing di tebing sampai pukul 4 pagi sebelum balik ke rumah pekerja dan bangun semula dalam tengah hari untuk mandi.

"Siangnya paras sungai dah seperti biasa dan bila sampai di jeti, saya ingatkan bangkai binatang dan bila dekat baharu nampak mayat manusia," katanya.