Peluang untuk menang hadiah bernilai RM1.5 juta

Kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 kini kembali dengan ganjaran lebih mengujakan

A
A
A

LBS menawarkan ganjaran lumayan kepada bakal pembeli rumah bertuah.
LBS menawarkan ganjaran lumayan kepada bakal pembeli rumah bertuah.

PETALING JAYA – Selepas kejayaan memberangsangkan melalui kempen LBS Fabulous 20-21, LBS Bina Group Berhad (LBS) kembali dengan kempen cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23.

Kempen kali ini menawarkan hadiah lebih lumayan seperti kereta, motosikal, peralatan rumah, sistem hiburan dan banyak lagi bernilai RM1.5 juta untuk diberikan kepada pembeli bertuah.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah 22 unit Perodua Axia, 41 unit motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 unit basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, Televisyen Panasonic 40” dan pelbagai peralatan elektrik rumah untuk dimenangi.

“Ia merupakan pengalaman yang sangat bernilai apabila melihat kegembiraan terukir di wajah pembeli rumah kami setelah mereka menerima hadiah.

"Oleh itu, bagi pusingan kali ini, kami telah menggandakan lebih banyak hadiah, dan ini bermakna setiap pembeli rumah berpeluang tinggi untuk memenanginya.” ulas Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

Pembeli rumah yang membeli hartanah LBS dengan harga bermula daripada RM300,001.00 ke atas, pada 1 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2023 layak secara automatik untuk menyertai cabutan bertuah.

Kempen LBS Fabulous Extra 22-23 terbahagi kepada dua fasa dan akan diperluaskan merentasi pelbagai platform media sosial LBS iaitu Facebook dan Instagram, bermula dari 1 Julai hingga 16 September 2022.

Manakala bagi fasa kedua pula akan diadakan acara berbentuk karnival di beberapa lokasi terpilih bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dari Ogos hingga September.

LBS Fabulous Extra 2022-23 akan berlangsung selama setahun dengan pelbagai acara menarik menanti pembeli rumah, di mana butiran adalah seperti berikut:

- 12 Ogos (Jumaat): Acara media di Galeri Jualan Kita @ Cybersouth

- 20 & 21 Ogos (Sabtu & Ahad): – Karnival di LBS Alam Perdana

- 27 & 28 Ogos (Sabtu & Ahad): Aktiviti mini di Prestige Residence

​​- 3 & 4 September(Sabtu & Ahad): Aktiviti Mini di RBBJ

- September: Karnival di Centrum Boulevard

Pembeli rumah LBS juga akan menikmati insentif tambahan, seperti yuran tempahan rendah sebanyak RM200, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot.

Layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998 bagi pertanyaan mengenai produk dan kempen terkini. Kunjungi galeri jualan kami atau layari https://virtualfair.lbs.com.my/.