Kualiti bertaraf antarabangsa

Multivita sasar jualan RM100 juta menjelang 2024

A
A
A

Mohd Harmizuan menunjukkan pengiktirafan yang diterima dari Asia Super Health Brand 2021-2023.
Mohd Harmizuan menunjukkan pengiktirafan yang diterima dari Asia Super Health Brand 2021-2023.

TUMPAT - Syarikat Multivita Resources menyasarkan jualan sebanyak RM100 juta menerusi produk minuman kesihatan berasaskan susu iaitu Multivita menjelang tahun 2024.

Dilancarkan pada September 2019, jenama dengan slogan ‘100 peratus tanpa gula, rasa sedap dan berkhasiat' itu merupakan produk bumiputera yang mendapat pengiktirafan Asia Super Health Brand 2021-2023.

Mohd Harmizuan menyasarkan jualan sebanyak RM100 juta menerusi Multivita menjelang 2024.
Mohd Harmizuan menyasarkan jualan sebanyak RM100 juta menerusi Multivita menjelang 2024.

Pengasasnya, Mohd Harmizuan Hamzah berkata, sasaran itu realistik untuk dicapai berpandukan kepada khasiat yang terkandung dalam minuman yang dihasilkan, selain dibantu oleh 30,000 ejen di seluruh negara sejak tiga tahun meneroka pasaran.

"Walaupun terpaksa bergelut dengan serangan pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun lalu, Alhamdulillah permintaan terhadap Multivita semakin meningkat dari masa ke masa sehingga kami tidak menang tangan.

"Peningkatan jualan ini turut dibantu oleh tahap kesedaran masyarakat yang mula cakna terhadap kepentingan menjaga kesihatan menerusi pengambilan makanan tambahan," katanya kepada Sinar Harian.

Sebahagian daripada ejen yang mencapai kejayaan bersama Syarikat Multivita Resources.
Sebahagian daripada ejen yang mencapai kejayaan bersama Syarikat Multivita Resources.

Menurutnya, harga RM139 sebotol yang ditawarkan itu disifatkan cukup berpatutan dengan kandungan 19 vitamin dan mineral, omega 3 serta kolostrum.

Beliau berkata, melihat kepada sambutan menggalakkan dalam kalangan pengguna, Multivita Resources sedang merangka perancangan untuk membuka cawangan di seluruh negeri.

Mohd Harmizuan berkata, setakat ini pihaknya telah membuka cawangan di Kelantan dan Kedah, kemudian bakal melebarkan sayap ke Terengganu sejurus sambutan Aidiladha nanti bagi membolehkan ejen mendapatkan stok minuman tersebut.

Katanya, dengan pembukaan cawangan tersebut Multivita Resources menyasarkan untuk melantik 100,000 ejen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Peluang pendapatan

Mohd Harmizuan (empat dari kanan) ketika menerima anugerah Asia Super Health Brand 2021-2023 di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Mohd Harmizuan (empat dari kanan) ketika menerima anugerah Asia Super Health Brand 2021-2023 di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Multivita bukan sahaja produk yang memberi khasiat kepada tubuh badan, malah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan menerusi jualannya.

"Ini telah terbukti apabila ramai ejen kami sudah berjaya menjana pendapatan sehingga enam angka sebulan," katanya.

Sementara itu katanya, Multivita Resources sudah bersiap sedia untuk melebarkan pasaran Asia Tenggara di Thailand, Brunei dan Indonesia tidak lama lagi.

Multivita, produk bumiputera yang bakal menembusi pasaran di Thailand, Brunei dan Indonesia.
Multivita, produk bumiputera yang bakal menembusi pasaran di Thailand, Brunei dan Indonesia.

Permintaan tinggi terhadap produk menjadi pemangkin semangat dan kekuatan beliau untuk membawa Multivita Resources meneroka dan bertapak di ketiga-tiga negara tersebut.

“Bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap produk kami, Multivita Resources kini sudah mempunyai sebuah kilang yang beroperasi di Pengkalan Chepa,” jelasnya.

Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Multivita? Hubungi:

- Telefon: 012-954 4847

- Facebook: Multivita HQ

- Website: www.multivita2u.com.