Sila log masuk terlebih dahulu.

Minyak masak bersubsidi: Guna undang-undang lebih keras

Tangkap layar siaran di Facebook rasmi Najib pada Ahad.
Tangkap layar siaran di Facebook rasmi Najib pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk negara menggunakan undang-undang yang lebih keras terhadap kesalahan menyalahgunakan minyak masak bersubsidi di negara ini.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan orang ramai tidak berpeluang membeli minyak masak bersubsidi dan secara langsung boleh mengancam keselamatan makanan negara di bawah kategori Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

“Sepatutnya minyak masak peket ini cukup memandangkan ia hanya dihadkan kepada pengguna domestik.

“Tapi banyak yang telah disalahgunakan oleh restoran dan kilang atau diseludup ke negara jiran,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Ahad.

Bernama sebelum ini melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menyita 13.6 tan metrik minyak masak yang disyaki dicampur bersama minyak masak terpakai, selain menahan pemilik syarikat berusia 30 tahun bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada Khamis, KPDNHEP telah mengambil tindakan menarik balik lesen sembilan syarikat pengeluar minyak masak bersubsidi, manakala 15 syarikat digantung dan masih dalam siasatan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, setiap bulan kerajaan akan mengagihkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi kepada pengilang sebelum ia diagihkan kepada syarikat pembekal dan pembungkus.

“60,000 tan bersamaan 60 juta minyak masak peket satu kilogram (kg) bersubsidi berharga RM2.50 setiap peket, iaitu harga paling murah dalam dunia.

Artikel Berkaitan:

“Ataupun dua kg sebulan bagi setiap 30 juta rakyat Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, disebabkan perbezaan harga subsidi dengan harga pasaran sudah menjadi besar, aktiviti penyalahgunaan minyak masak bersubsidi akan turut meningkat.

“Harga sebenar (minyak masak) ialah RM9. Harga bersubsidi RM2.50. Keuntungan sekiranya seludup 100kg seorang sehari?

“Masuk RM250, cuci RM900. Kerajaan yang tanggung beza RM650. Jadi, menyalahgunakan minyak masak bersubsidi sehingga ramai tidak berpeluang membeli juga mengancam keselamatan makanan negara,” jelasnya.