Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Tengku Zafrul antara berpotensi diketengahkan

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyokong cadangan pemimpin veteran parti tersebut, Tan Sri Muhammad Muhd Taib supaya calon ‘heavyweight’ atau yang berada di kabinet diberi peluang bertanding di kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Noh berkata, parti tersebut mempunyai calon-calon muda berkaliber yang boleh diketengahkan seperti Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, Tengku Zafrul juga dilihat sebagai tokoh muda yang boleh menjadi ikon di negeri itu.

"Saya memang menggalakkan dan beri peluang pada golongan muda yang dah ada nama seperti Tengku Zafrul, dia anak Selangor.

"Saya ingat tokoh muda dan bijak dari segi kewangan boleh jadi ikon di Selangor," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-36 Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas) Berhad di Hotel Concorde, di sini pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, sebanyak 70 peratus calon heavyweight perlu diletakkan di Selangor sementara 30 peratus lagi adalah muka baharu belia.

Sementara itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, selain Tengku Zafrul, beberapa tokoh muda berpotensi untuk ditampilkan sebagai muka baharu pada PRU akan datang.

Beliau berkata, antaranya Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan; Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan; Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail dan Ahli Majilis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang baru dilantik, Isham Jalil.

"Calon 'heavyweight' yang diketengahkan itu dilihat mampu untuk melontarkan idea-idea baharu di Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: