Naik taraf klinik kesihatan Rantau jika menang: Streram

Streram pada program tinjauan mesra di Rumah Rakyat 2, di sini, hari ini. - Foto ADAM AMIR HAMZAH
Streram pada program tinjauan mesra di Rumah Rakyat 2, di sini, hari ini. - Foto ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Menaik taraf Klinik Kesihatan Rantau menjadi antara fokus utama calon PH, Dr S Streram sekiranya berjaya memenangi PRK DUN Rantau.

Menurut Streram, ini kerana kemudahan yang sedia ada termasuk kemudahan ambulans masih belum mencukupi bagi menampung jumlah penduduk yang mendapatkan rawatan di klinik itu.

"Disebabkan kemudahan di Klinik Kesihatan Rantau yang tidak mencukupi memaksa penduduk berulang-alik ke Hospital Seremban.

"Keadaan ini akan membebankan mereka terutamanya dari segi kos yang ditanggung.

"Jadi, sekiranya diberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat (menang PRK DUN Rantau) saya akan memberikan cadangan segera kepada kerajaan untuk naik taraf klinik ini nanti," katanya ketika ditemui pada program tinjauan mesra di Rumah Rakyat 2, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, selaku individu yang terlibat secara langsung dalam bidang perubatan, beliau menyedari kesusahan yang dialami penduduk di kawasan berkenaan.

"Walaupun saya bertugas di klinik swasta, tapi saya faham dan sedar apa yang dialami penduduk tempatan," katanya.

Jelasnya lagi, menaik taraf klinik kesihatan itu dilihat lebih relevan berbanding membina hospital baharu dengan mengambil kira faktor ekonomi negara.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak mahu membebankan kerajaan negeri dan pusat kerana kita sedar situasi kewangan.

"Malah, saya berasakan menaiktaraf klinik sedia ada sudah mencukupi dengan populasi penduduk di DUN Rantau ini," katanya.