Sila log masuk terlebih dahulu.

Lapor jika harga ayam berbeza

Azman Adam - Foto Bernama
Azman Adam - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Orang ramai diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika berlaku perbezaan harga ayam di kawasan luar bandar.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, isu perbezaan harga jualan ayam di bandar dan luar bandar seharusnya tidak timbul kerana harga ditetapkan kerajaan dibuat selepas mengambil kira margin keuntungan mencukupi bagi semua peringkat.

“Tiada sebab peniaga menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 yang telah ditetapkan kerajaan terutamanya di kawasan luar bandar.

“Jika berlaku perbezaan harga terutamanya di kawasan luar bandar, KPDNHEP mengalu-alukan aduan daripada pengguna.

"Berikan maklumat lengkap termasuk harga dan tempat jualan bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan penguatkuasaan sempena pelaksanaan penentuan harga maksimum ayam dan telur di Pasar Besar Alor Setar di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, saranan sama turut dibuat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) yang menasihatkan pengguna supaya membuat laporan terus kepada KPDNHEP.

Presiden Fomca, Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung harga ayam mahal, namun tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.

“Kami memang ada terima aduan tetapi kuasa hanya terletak pada pihak KPDNHEP,” katanya.

Artikel Berkaitan: