X

Kindly register in order to view this article
!

Pak Tam Rajalawak 2 meninggal dunia

Pelawak, Pak Tam
A
A

PELAWAK dan bekas peserta Raja Lawak musim kedua yang dikenali Pak Tam, dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, Kampung Permatang Badak, Kuantan, Pahang, sekitar 9.30 pagi tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh pelakon dan penyampai radio Kool FM, Shah Sulaiman atau Shah Tapaw, 29, menerusi Instagramnya.

"Baru sebentar tadi dikejutkan dengan pemergian Pak Tam Poh Paleh Weh. Seorang pelawak veteran yang disegani," coretnya.

Pak Tam atau nama sebenarnya Muhammad Noorulah Ismail, 61, meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam badan dan paru-paru berair.

Difahmkan juga arwah meninggalkan seorang balu,Fatimah Apong, 58, dan empat orang anak selain lapan cucu.

Terdahulu sewaktu pembabitan dalam program lawak komedi itu Pak Tam meraih tempat keempat dan pernah membintangi sebuah drama Chapalrela.

Sementara itu, Shah ketika dihubungi Sinar Harian, berkata, arwah sudah dianggap sebagai ayah dalam kalangan mereka.

"Arwah ini boleh saya katakan kami anggap sudah seperti ayah kami malahan banyak memberikan suntikan semangat kepada kami," katanya yang turut memberitahu arwah berasal dari Kuantan, Pahang.