Dadah: Tiga lelaki didakwa mengedar

Tertuduh diiringi polis ke mahkamah.
Tertuduh diiringi polis ke mahkamah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan mengedar dadah dengan anggaran berat 2,064 tan pada 19 Mac lalu.

Tertuduh, Pang Ming Siong, 48, Cheng Foot Leong, 40, dan Tok Chun Whei, 35, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh semua tertuduh di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama telah didapati mengedar dadah berbahaya disyaki jenis methamphetamine dengan anggaran berat 2,064 tan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 1162, Kolam Ikan JTM 68, Jalan Tanah Merah, Desa Cemerlang, sekitar jam 07.30 pagi, pada 19 Mac lalu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Abd Kadir.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan tiada jaminan dibenarkan ke atas semua tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, media pada 22 Mac lalu, melaporkan kejayaan polis merampas 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta dekat kawasan Ulu Tiram, di sini, yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia.