Dr Mahathir lawat kilang nanas

Dr Mahathir diberi penerangan di Pusat Industri Kecil Sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) hari ini.
Dr Mahathir diberi penerangan di Pusat Industri Kecil Sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) hari ini.
A
A
A

GURUN - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melapangkan masa hampir sejam 30 minit untuk melawat Kilang Jus Buah-Buahan milik Nanas Merbok Sdn Bhd di Pusat Industri Kecil Sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) hari ini.

Dr Mahathir tiba pada jam 10 pagi dengan memandu sendiri kereta ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

Sejurus tiba, Dr Mahathir masuk ke dalam kilang untuk melihat proses menghasilkan jus nanas merbok sambil diberikan penerangan oleh pengusaha kilang.

Perdana Menteri itu juga turut melihat proses memotong buah nenas sebelum dijadikan jus dan dimasukkan ke dalam botol.

Turut serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Dr Mahathir melawat kilang.
Dr Mahathir melawat kilang.

Artikel Berkaitan: