Pemuda UMNO kesal permainan politik PH

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO Malaysia menyelar sikap pemimpin PH yang didakwa mementingkan diri dan tamak kuasa.

Pengarah Strategiknya, Wan Agyl Wan Hassan berkata, pihaknya menjangkakan Amanah akan memecat keanggotaan calon Bebas tersebut selepas taktik jahat mereka terbongkar sebagai strategi 'damage control'.

Menurutnya, ia sesuatu yang mencurigakan apabila seorang calon Bebas yang mengaku dia adalah ahli Pas walhal dalam masa yang sama dia merupakan ahli Amanah yang mana ianya merupakan komponen dalam PH.

“Tindakan ini mempunyai motif yang jahat untuk memecah belahkan kerjasama yang terjalin antara Pas dan UMNO.

“Apa yang lebih mendukacitakan ialah calon tersebut menafikan fakta yang beliau merupakan ahli Amanah walhal terdapat banyak bukti yang tersebar di media sosial yang menunjukkannya adalah ahli Amanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Agyl berkata, ini jelas menunjukkan bahawa penipuan sudah menjadi begitu sinonim dengan PH.

Jelasnya lagi, keadaan itu turut membuktikan terdapat pergelutan kuasa dan konflik di dalam PH atau sememangnya taktik mereka ialah menipu bagi mengelirukan pengundi.

“Namun, apa yang dikesalkan adalah tindakan yang dilakukan oleh calon Bebas dari Amanah ini jelas mempersendakan rakyat Rantau.

Artikel Berkaitan:

“Jangan dek kerana kerakusan perebutan kuasa dalaman PH, mereka menjadikan rakyat Rantau sebagai mangsa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon Bebas sebenarnya ahli Amanah?

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani mengesahkan calon Bebas, Mohd Nor Yassin, 67, yang bertanding pada PRK Rantau ini sebenarnya ahli Parti Amanah kawasan Rembau.