Tiga maut, 19 cedera gempa bumi kuat gegar selatan Iran

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
MOSCOW - Tiga maut manakala 19 yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Hormozgan, selatan Iran, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Fars.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania, gempa bumi itu direkodkan pada 21:32 GMT, Jumaat, 61 kilometer timur laut bandar pelabuhan Bandar Lengeh.

Iran pernah dilanda gempa bumi dahsyat dalam sejarah negara pada 856 Masihi yang meragut hampir 200,000 nyawa. - Bernama