Boost sedia solusi pembayaran bil sehenti untuk rakyat Malaysia

Kini Boost mempunyai lebih daripada 50 pembekal perkhidmatan bil dari sektor elektrik, air, internet, telco prabayar dan pascabayar, hiburan, majlis perbandaran dan sebagainya.
Kini Boost mempunyai lebih daripada 50 pembekal perkhidmatan bil dari sektor elektrik, air, internet, telco prabayar dan pascabayar, hiburan, majlis perbandaran dan sebagainya.
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam tempoh dua tahun lepas, teknologi telah diterapkan dalam hampir semua aspek kehidupan kita dan dipercepatkan lagi berikutan penularan pandemik.

Ini telah mengubah cara kita membeli barang dan berhibur, tabiat membeli-belah dan turut mengubah aktiviti rutin bulanan seperti membayar bil.

Di Malaysia, pembayaran bil telah melalui proses pendigitalan, disokong oleh usaha berterusan kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia melaksanakan urus niaga tanpa tunai, menerusi kemudahan seperti JomPAY, DirectDebit dan FPX yang membolehkan mereka membayar bil secara digital menerusi khidmat perbankan mudah alih.

eDompet juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mendorong rakyat Malaysia berurusan tanpa tunai dan menggunakan kaedah pembayaran secara digital.

Menurut satu kajian baru-baru ini, tahap penerimaan eDompet telah meningkat, dengan 60 peratus rakyat Malaysia menggunakan aplikasi eDompet setiap bulan sejak pandemik.

Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata, yang bermula sebagai eDompet pada 2017, sentiasa menyokong usaha kerajaan ke arah masyarakat tanpa tunai.

Sejak ditubuhkan, Boost telah mencetus revolusi dalam gaya hidup digital rakyat Malaysia, dengan memperkenalkan pelbagai solusi yang inovatif.

Salah satu daripadanya ialah ciri pembayaran bil yang diperkenalkan buat pertama kali pada 2018, yang membawa kemudahan pembayaran tanpa tunai ke hujung jari anda.

Walaubagaimanapun, dari masa ke masa, Boost mula menyedari bahawa tiada platform atau solusi sehenti yang membolehkan pengguna menguruskan bil bulanan mereka dengan mudah.

Apabila pandemik melanda, kebanyakan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup norma baharu yang tertumpu di rumah, dan telah menyaksikan peralihan pengguna kepada urus niaga mudah alih dan digital.

Dengan itu, pada tahun lepas, Boost telah mengambil langkah untuk menginovasi ciri pembayaran bil dengan menaik taraf ciri-ciri sedia ada kepada solusi pembayaran bil sehenti tanpa rumit yang dinamakan BoostBills.

BoostBills menawarkan tiga ciri khusus – ViewBills, MultiBills (pembayaran bil pukal) dan AutoBills.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, salah satu daripada perubahan tingkah laku pengguna paling ketara yang diperhatikan ialah cara mereka menguruskan bil.

"Kami juga melihat bilangan pengguna yang membayar bil dengan aplikasi Boost melonjak sebanyak 500 peratus sejak 2018.

"Kami juga telah menambah pelbagai ciri baharu pada platform pembayaran bil kami termasuk ViewBills, MultiBills, AutoBills dan Boost PayLater yang mendapat sambutan hebat daripada pelanggan kami,” katanya.

Sheyantha Abeykoon
Sheyantha Abeykoon

ViewBills membolehkan pengguna menyemak baki bil tertunggak dan tarikh matang dengan mudah menerusi satu paparan utama pengurusan bil, MultiBills membolehkan pengguna membayar beberapa bil secara sekali gus hanya dengan menekan satu butang di aplikasi Boost, manakala AutoBills membolehkan pengguna menetapkan pembayaran bil bulanan berkala secara automatik.

Paparan utama tersebut adalah sesuatu ciri baharu yang Boost lancarkan tahun ini untuk menaik taraf pengalaman pembayaran bil menjadi lebih mudah, tanpa rumit, dan memaparkan penyata semua bil terkini pengguna hanya dalam satu paparan utama di aplikasi Boost – termasuk jumlah tertunggak keseluruhan, pecahan jumlah yang perlu dibayar untuk bil individu, dan tarikh akhir mereke perlu membayar bil.

Sheyantha menambah, sejak memperkenalkan ciri BoostBills baharu pada Jun 2021, 75 peratus daripada pengguna yang membayar bil dengan Boost menggunakan ciri bil itu mendapati ciri-ciri tersebut sangat mudah dan berguna.

"Di samping itu, dalam tempoh masa yang sama, kami juga telah melihat bilangan bil yang dibayar oleh setiap pengguna meningkat sebanyak 16 peratus,” katanya.

Sejajar dengan pendirian Boost untuk mengutamakan pelanggan dan memberikan lebih manfaat kepada pengguna, Boost telah menyediakan fungsi 'Pay with Stars' dalam ciri BoostBills yang memberi pilihan kepada pengguna untuk menggunakan Boost Stars bagi mengurangkan sebahagian daripada kos pembayaran bil.

Boost Stars adalah satu bentuk mata ganjaran kesetiaan yang pengguna peroleh dengan setiap transaksi yang dilakukan dengan aplikasi Boost dan boleh digunakan dalam pelbagai ciri di dalam aplikasi.

Pilihan ini memberikan penjimatan tambahan kepada pengguna untuk membayar bil bulanan mereka.

Baru-baru ini, Boost juga mula menawarkan solusi 'Pay Later' untuk bil, yang membolehkan pengguna melanjutkan pembayaran bil dan tambah nilai prabayar mudah alih mereka kepada 30 hari kemudian pada kadar faedah sifar, dengan kelulusan serta-merta dan tanpa memerlukan cagaran.

Solusi baharu ini memberi pengguna fleksibiliti dan kemampuan yang diperlukan untuk membayar bil serta mengelakkan pembayaran lewat atau pemotongan perkhidmatan.

Buat masa ini, solusi ini boleh digunakan untuk pembayaran bil tertentu dan tambah nilai prabayar mudah alih, namun Boost akan meluaskan solusi ini ke ciri lain dalam aplikasi pada masa yang akan datang.

Secara keseluruhan, Boost bukan sahaja menginovasi aspek pembayaran bil bagi pengguna tetapi turut menyediakan solusi yang sama kepada peniaga Boost untuk memudahkan pembayaran bil perniagaan seperti taksiran cukai, sewa gerai, pembaharuan lesen dan kompaun letak kereta.

Kini, Boost mempunyai lebih daripada 50 pembekal perkhidmatan bil dari sektor elektrik, air, internet, telco prabayar dan pascabayar, hiburan, majlis perbandaran dan sebagainya.

Untuk mencuba ciri BoostBills, muat turun aplikasi Boost di https://myboost.app.link/492q4LX1uqb