Sila log masuk terlebih dahulu.

Menteri Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia

Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.10 pagi waktu tempatan selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu.

A
A
A

JAKARTA - Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Abdi Waluyo, Jakarta.

Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.10 pagi waktu tempatan selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu.

Jenazah dikebumikan di kompleks Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan pada 6 petang.

Tjahjo ialah kader Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung dari 2010 hingga 2014. - Bernama

Artikel Berkaitan: