Sila log masuk terlebih dahulu.

Korban tanah runtuh di India meningkat, 50 hilang

Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Negara menemui seorang lagi mangsa dari tanah runtuh. - Foto AP
Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Negara menemui seorang lagi mangsa dari tanah runtuh. - Foto AP
A
A
A

NEW DELHI - Jumlah korban akibat tanah runtuh di Manipur, India meningkat kepada 16 orang manakala berpuluh-puluh lagi hilang.

Bencana yang berlaku di tapak pembinaan kereta api pada Khamis itu menyebabkan berpuluh-puluh orang termasuk pekerja dan askar tertimbus di bawah runtuhan tanah.

"Sedih dengan kehilangan nyawa termasuk anggota tentera. Seramai 50 lagi mangsa yang hilang belum ditemukan," kata Ketua Menteri Manipur N Biren Singh pada Jumaat.

Kejadian itu berlaku berhampiran stesen kereta api Tupul di daerah Noney, kira-kira 50 kilometer dari Imphal, ibu kota Manipur.

Lapan lagi mayat ditemukan pada Jumaat, menjadikan jumlah korban kepada 16, menurut laporan di laman sesawang NDTV.

Sejak beberapa hari lalu hujan lebat melanda wilayah timur laut India.

Di negeri Assam, banjir dan tanah runtuh telah membunuh kira-kira 140 orang dan menjejaskan lebih tiga juta penduduk di 25 daerah. - Bernama

Artikel Berkaitan: