Syarikat senaraian rugi dan untung, enam bulan pertama 2022

Tangga kedudukan syarikat yang catat keuntungan dan kerugian bagi tempoh 6 bulan pertama 2022: -The Edge Malaysia/ Sumber: Bloomberg
Tangga kedudukan syarikat yang catat keuntungan dan kerugian bagi tempoh 6 bulan pertama 2022: -The Edge Malaysia/ Sumber: Bloomberg
A
A
A

MALAYSIA seperti mana kebanyakan pasaran Asia lain, tidak terlepas daripada mengalami cabaran pada urus niaga ekuiti saham di Bursa Malaysia pada separuh pertama tahun ini.

Menurut laporan The Edge Market edisi 1 Julai, keadaan sentimen global yang tidak menentu berikutan gangguan rantaian global yang disebabkan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang agresif dan perang Ukraine-Rusia telah mempengaruhi aliran pasaran saham tempatan.

Setakat ini indeks FBM KLCI turun 7.4 peratus, kejatuhan ketara berbanding tempoh sama pada 2020 iaitu hanya 5.53 peratus berikutan kemuncaknya pandemik yang melanda ketika itu.

Pada 29 Jun, urus niaga berakhir pada 1,451.48 iaitu paras terendah sejak Mei 2020. Hanya minggu lepas, ia merosot kepada serendah 1431.1 pada 22 Jun.

Namun berbanding pasaran Asia lain, aliran FBM KLCI tidaklah seburuk yang dicatat rakan pasaran negara lain. Korea Selatan, Kospi jatuh -20.14 peratus dipengaruhi penurunan mendadak dalam stok semikonduktor.

Ini diikuti oleh penurunan Indeks saham Vietnam's Ho Chi Minh Stock Index -18.70 peratus, Taiwan Capitalization Weighted Stock Index -16.35 peratus, Shenzhen Stock Exchange Composite Index -13.27 peratus, Philippine Stock Exchange Index -11.50 peratus, Japan's Nikkei 225 -6.90 peratus, Hong Kong's Hang Seng Index -5.99 peratus dan Thailand's SET Index -4.31 peratus.

Hanya dua pasaran serantau yang mencatatkan pulangan positif iaitu Indonesia's Jakarta Composite Index naik 5.48 peratus dan Singapore's Straits Times Index naik 0.36 peratus.

Berbalik ke pasaran tempatan, sebanyak 100 Indeks teratas Bursa Malaysia yang mencatat kejatuhan di bawah paras 10,000 buat kali pertama ialah pada 22 Jun iaitu 9,952.340, paras kejatuhan yang tidak dilihat sejak Mei 2020. Penurunan itu sebanyak 8.42 peratus.

Daripada 13 stok atau sektor dalam pasaran tempatan, hanya tiga sektor mencatat keuntungan. Sektor perladangan mencatat keuntungan 6.39 peratus, perbankan atau kewangan catat 3.19 peratus diikuti pelaburan hartanah (REITS) iaitu 0.83 peratus.

Manakala sektor yang mencatat kerugian ketara ialah sektor teknologi -35.13 peratus, diikuti penjagaan kesihatan -27.48 peratus dan telekomunikasi dan media sebanyak -13.17 peratus.

Antara syarikat modal pasaran melebihi RM5 bilion yang mencatat keuntungan ialah AMMB Holdings Bhd dari segi peratus kenaikan tahunan iaitu 19.24 peratus. Pelabur telah menjangkakan bank akan melaporkan pertumbuhan pendapatan yang lebih baik mengenai kenaikan kadar faedah, serta pemulihan ekonomi.

Syarikat lain yang mencatat keuntungan besar ialah: Syarikat pembinaan Gamuda Bhd 17.93 peratus, QL Resources Bhd 17.07 peratus, Sime Darby Plantation Bhd 15.16 peratus, IJM Corp Bhd 14.47 peratus, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd 11.65 peratus dan Malaysia Airports Holdings Bhd 11.20 peratus.

Manakala syarikat yang mencatat kerugian ketara ialah Top Glove Corp Bhd -56.76 peratus dengan saham berharga RM1.12 dan Hartalega Holdings Bhd -48.52 peratus kepada RM2.95, Kerugian disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah untuk sarung tangan dan harga jualan purata yang lebih rendah, kerana Covid-19 memasuki fasa endemik di kebanyakan bahagian dunia.

Ini diikuti oleh kaunter berkaitan teknologi utama, yang mengalami masalah akibat gangguan rantaian bekalan, iaitu Malaysian Pacific Industries Bhd -43.27 peratus, Inari Amertron Bhd -34.5 peratus dan Vitrox Bhd -28.11 peratus.

Syarikat-syarikat telekomunikasi berwajaran tinggi tidak dikecualikan daripada senarai paling rugi dalam kalangan modal besar ialah Axiata Group Bhd kerugian 31.25 peratus, diikuti oleh Maxis Bhd -31.17 peratus, dan Digi.Com Bhd -21.56 peratus.