Jauh beza Taliban dengan UMNO-Pas: KJ

Khairy Jamaluddin - FOTO ZAHID IZZANI
Khairy Jamaluddin - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan pemerintahan Taliban jauh beza dengan UMNO dan Pas kerana pernah melihat sendiri pentadbiran militan itu.

Menurut Khairy, pada tahun 1999, ketika bertugas sebagai wartawan sebuah majalah Barat di London, beliau telah dihantar ke Afghanistan ketika zaman pemerintahan Taliban.

"Saya tahu tentang Taliban ini bukan kerana saya Taliban. Saya pernah jumpa Taliban dulu.

"Cara pemerintahan Taliban memang ekstrem bukan macam di sini, jauh beza nak bandingkan dengan kami," katanya dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi Pekan Sagga, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, katanya, beliau kesal apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menyamakan kerjasama UMNO-Pas dengan Taliban.

"Timbalan Speaker ada kedudukan mulia tetapi tergamak cakap UMNO-Pas adalah Taliban. Bagi saya, dia cakap sebegitu hanya untuk mencetuskan keadaan tegang antara kaum," katanya.

Menurut laporan New York Times mendefinisikan Taliban sebagai militan yang ingin menguasai sebahagian besar Afghanistan dari tahun 1996 hingga 2001.

Mereka mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara Islam antidemokrasi.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN

Khairy perlu minta maaf pada Parlimen: Kor Ming

Taliban: UMNO ambil tindakan undang-undang