10 ditahan akibatkan kematian 27 migran di Perancis

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PARIS - Seorang suspek didakwa di sebuah mahkamah di Paris dan sembilan lagi bakal berdepan sabitan undang-undang yang mengakibatkan kematian 27 migran di Selat Inggeris pada November lalu.

Polis Perancis berjaya menahan 13 lelaki dan dua wanita susulan insiden yang disifatkan agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai 'bencana paling buruk dalam sejarah' berlaku di selat itu, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan La Voix Du Nord.

Suspek berusia antara 18 hingga 41 tahun, kebanyakan warga Afghanistan, manakala tiga, termasuk dua wanita, merupakan warga Perancis.

Daripada 15 suspek, seorang telah didakwa, lima dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dan sembilan lagi akan dihadapkan ke mahkamah.

Mahkamah telah membuka kertas siasatan terhadap insiden tragis yang berlaku pada Disember itu.

Hanya dua orang terselamat selepas bot yang membawa 29 migran karam di luar pantai Perancis pada 24 November.

Kebanyakan mereka warga Iraq, Afghanistan dan Ethiopia. - Bernama