Sila log masuk terlebih dahulu.

Seniman Pulau Pinang

No Image Caption
A
A
A
Bekas wartawan Koh Teng Huat, 59, menghasilkan lukisan menggunakan pisau palet yang digaul dengan warna minyak di Jeti Nelayan Pulau Betong di sini. Seniman Pulau Pinang itu telah menempuh perjalanan yang jauh sehingga dia mencungkil bakat terpendamnya dalam seni lebih sedekat lalu.

Koh yang dilahirkan dan dibesarkan di Balik Pulau, berkata ketika di bangku sekolah, dia sangat menyukai kelas seni tetapi keluarga tidak mampu membeli alat seni untuk dia meneruskan pelajaran. Pendedahannya terhadap bidang seni itu berlaku secara kebetulan apabila bertemu sekumpulan artis pelawat dari Kuala Lumpur di Balik Pulau ketika musim durian pada 2009.

Kumpulan artis tersebut meninggalkan alatan lukisan seperti berus, warna minyak dań pisau palet yang diambilnya untuk mencuba seni lukisan pertamanya selepas lebih 26 tahun. Beliau merasakan lukisan pisau palet lebih sesuai dengan gaya hidupnya yang mudah mesra dan pencinta alam.

Ia telah menghasilkan beberapa siri seni termasuk pemandangan Balik Pulau seperti perkampungan nelayan, sawah padi, pemandangan jalan Pulau Pinang dan sebagainya. Koh juga telah mengembara ke banyak negara seperti New Zealand, Australia, China, England, Hong Kong, Macau, Indonesia, Thailand dan Singapura untuk menyertai pameran seni. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: