Hakim disyaki bunuh isteri

Shaima Gamal
Shaima Gamal
A
A
A

KAHERAH - Pasukan keselamatan menahan seorang hakim kanan pada malam Khamis kerana disyaki membunuh isterinya yang merupakan wartawan terkenal dan penyampai televisyen, Shaima Gamal.

Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan menyatakan bahawa hakim itu, Ayman Hajjaj ditahan di tempat persembunyiannya di wilayah Suez, timur ibu negara Kaherah.

Kali terakhir Shaiman dilihat lebih 20 hari lalu di luar sebuah pusat beli-belah di wilayah Giza bersama suaminya itu.

Mayatnya ditemui selepas seorang saksi tampil dengan memberikan maklumat tentang pembunuhannya.

Diiringi oleh doktor forensik, saksi itu membawa pihak berkuasa ke lokasi mayat Shaima pada 26 Jun lalu, menurut kenyataan oleh pihak pendakwaan awam.

Saksi itu yang disangka sebagai rakan sejenayah Ayman telah membawa anggota-anggota polis ke sebuah ladang tempat mayat tersebut dikebumikan.

Kekebalan beliau sebagai hakim telah dibatalkan ekoran laporan tentang pembunuhan itu.

Ayman pada mulanya memfailkan laporan tentang kehilangan Shaiman pada 20 Jun lalu. - Agensi