MR D.I.Y. PLUS lebih besar

Barisan kumpulan MR D.I.Y ketika merasmikan pelancaran pembukaan MR D.I.Y. PLUS di MidValley Megamall, Kuala Lumpur pada Khamis.
Barisan kumpulan MR D.I.Y ketika merasmikan pelancaran pembukaan MR D.I.Y. PLUS di MidValley Megamall, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y merasmikan pembukaan premis baharu bersaiz besar iaitu MR D.I.Y. PLUS di MidValley Megamall yang menawarkan 20,000 jenis produk dengan harga murah.

Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, produk itu melibatkan enam kategori produk utama termasuk perkakasan, keperluan rumah dan perhiasan, produk elektrik, alat tulis, kelengkapan sukan dan lain-lain.

Menurutnya, bagi kategori produk lain terdiri daripada barangan permainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, makanan dan minuman serta barangan kesihatan dan penjagaan diri.

“Pelanggan hari ini bijak dan memahami keperluan masa kini. Mereka mahukan nilai hebat, kemudahan kedai sehenti (one-stop-shop) dan faedah tambahan daripada pengalaman membeli-belah yang menarik.

“MR D.IY. PLUS menggabungkan semua aspek itu dalam satu ruang yang menarik.

“Tidak hairanlah lebih 200,000 pengunjung telah mengunjungi kedai ini pada bulan pertama sejak kami mula membuka pintu pada 19 Mei tahun ini,” katanya ketika berucap sempena pelancaran MR D.I.Y. PLUS di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Alex menjelaskan, pembinaan kedai tersebut dibuat berdasarkan pandangan dan maklum balas pelanggan yang dikumpulkan oleh MR D.I.Y. sebagai sebahagian proses penyelidikan serta analisis data pengguna yang berterusan.

“Kami tidak sekadar membina kedai lebih besar sahaja. MR D.I.Y. PLUS adalah pilihan rapi yang menyatukan pelbagai keperluan harian kami di satu lokasi selesa.

“Kajian kami menunjukkan selepas wabak Covid-19, pelanggan mahu jaminan harga rendah lebih daripada sebelumnya tetapi dengan cara menyeronokkan dan dan interaktif.

“MR D.I.Y. PLUS menjanjikan pelanggan bahawa mereka masih boleh terus membeli barangan keperluan harian pada harga rendah setiap hari tetapi pada masa sama dapat dihiburkan, dididik dan diilhamkan dalam proses tersebut,” ujarnya.

MR D.I.Y. PLUS menyertai barisan jenama kumpulan MR D.I.Y. yang dilancarkan pada 2005, diikuti oleh MR. TOY pada 2019, MR. DOLLAR (2020) dan MR. D.I.Y. Ekspres (2021).

Pembukaan MR D.I.Y. PLUS menjadikan jumlah keseluruhan kedai dalam kumpulan tersebut kepada lebih 950 buah.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran acara pembukaan besarnya, MR D.I.Y PLUS telah menyediakan beberapa siri aktiviti dan promosi perayaan bermula 1 hingga 3 Julai ini.

Untuk masa terhad sahaja, pelanggan yang melawat MR D.I.Y. PLUS boleh merasai pengalaman kotak unik DIY yang mewakili pelanggan MR D.I.Y daripada semua lapisan masyarakat.