Papan iklan haram: PLUS sedia beri kerjasama

Laporan Sinar Harian 21 Mac 2019.
Laporan Sinar Harian 21 Mac 2019.
A
A
A

SEREMBAN - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersedia untuk memberi kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengatasi masalah kewujudan papan iklan haram di sepanjang jajaran Lebuhraya Utara-Selatan di negeri ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, PLUS mengalu-alukan langkah kerajaan negeri untuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap papan iklan yang didirikan secara haram.

“Merujuk kepada kenyataan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berhubung kewujudan papan iklan haram di luar kawasan lebuh raya PLUS, kita bersedia memberi kerjasama.

“Pada masa yang sama, PLUS juga mengalu-alukan langkah kerajaan negeri untuk melakukan penguatkuasaan terhadap kewujudan papan iklan yang didirikan secara haram di luar kawasan lebuh raya kendalian syarikat ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PLUS akan mengatur perbincangan lanjut dengan kerajaan negeri serta PBT yang berkaitan dalam masa terdekat untuk kenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah terbabit.

Terdahulu, kerajaan negeri memberi amaran tegas kepada mana-mana syarikat yang membuat papan iklan secara haram supaya menurunkan iklan mereka dengan segera.

Aminuddin berkata, terdapat banyak papan iklan gergasi haram yang dinaikkan sepanjang jalan berdekatan lebuh raya Plus tanpa mendapat kelulusan daripada PBT.

Katanya, pihaknya memandang serius mengenai perkara tersebut dan akan menjalankan penguatkuasaan secara tegas bagi memastikan syarikat bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang mengikut akta PBT.

Artikel Berkaitan: