Mata sama, status juara Serie A menerusi aksi playoff

Gergasi Serie A, AC Milan muncul juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun selepas mengatasi pencabar terdekat, Inter Milan dengan kelebihan dua mata.
Gergasi Serie A, AC Milan muncul juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun selepas mengatasi pencabar terdekat, Inter Milan dengan kelebihan dua mata.
A
A
A

GELARAN juara Serie A akan diputuskan melalui aksi playoff musim depan sekiranya dua pasukan teratas menamatkan saingan liga domestik Itali itu dengan berkongsi mata.

Dalam satu kenyataan, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) memaklumkan, perkara tersebut telah diluluskan dalam satu mesyuarat badan induk itu pada awal bulan ini.

“Dalam aksi playoff itu, jika kedua-dua pasukan masih terikat selepas 90 minit perlawanan, tidak akan ada masa tambahan tetapi terus ke penentuan sepakan penalti,” kata FIGC.

Gelaran juara Serie A musim lalu ditentukan pada hari terakhir yang menyaksikan AC Milan muncul juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun selepas mengatasi pencabar terdekat, Inter Milan dengan kelebihan dua mata.

Begitupun, sekiranya Milan dan Inter mengumpul kutipan mata sama, Milan masih dinobatkan sebagai juara berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan berkenaan.

Kali terakhir gelaran kejuaraan liga utama Itali itu ditentukan melalui aksi playoff adalah ketika Bologna menewaskan Inter 2-0 di Rom pada 1964.