Pandelela-Dhabitah tuai gangsa di Kejohanan Dunia

Pandelela, Dhabitah (kanan) bersama pemenang pingat emas dari China dan Perak milik penerjun AS. - Foto Reuters
Pandelela, Dhabitah (kanan) bersama pemenang pingat emas dari China dan Perak milik penerjun AS. - Foto Reuters
A
A
A

GANDINGAN ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg bersama Nur Dhabitah Sabri berjaya memenangi pingat gangsa di Kejohanan Dunia 2022 dalam acara 10 meter (m) plaftorm seirama wanita lewat malam Khamis.

Pada aksi tersebut, Pandelela-Dhabitah meraih 298.68 mata keseluruhan selepas lima terjunan dan hanya dibezakan 0.72 mata sahaja berbanding pasangan Amerika Syarikat (AS), Delaney Schnell-Katrina Young yang meraih pingat perak dengan markah keseluruhan 299.40.

Pingat emas acara tersebut dimenangi pasangan China Quan Hongchan-Chen Yuxi selepas mengutip 368.40 mata.

Untuk rekod, pingat gangsa yang diraih Pandelela merupakan pingat gangsa kedua peribadi buat dirinya dalam edisi kali ini selepas terdahulu memenanginya dalam acara 10m platform individu.

Bagi Dhabitah pula, pingat tersebut merupakan yang pertama buat dirinya di Kejohanan Dunia selepas gagal melakukannya dalam tiga edisi terdahulu, pada 2015, 2017 dan 2019.