Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiga lelaki diberkas merusuh di Sri Petaling

Tiga individu telah ditahan untuk siasatan kes merusuh dan khianat di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tiga individu telah ditahan untuk siasatan kes merusuh dan khianat di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki diberkas disyaki terlibat dalam kes merusuh dan khianat ke atas beberapa kenderaan diparkir di tepi Jalan Radun Bagus, Sri Petaling di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 41 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

"Suspek akan dibawa ke Majistret Kuala Lumpur untuk proses permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa

hukuman penjara selama lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya manakala bagi Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek yang masih bebas masih diteruskan.

Tegasnya, polis menggesa individu yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk tampil membantu siasatan.

"Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian di atas boleh menghubungi talian Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, polis giat mengesan 20 lelaki terbabit dalam pergaduhan dan merosakkan kenderaan awam di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling.

Pergaduhan membabitkan dua kumpulan itu menyebabkan beberapa kenderaan diletakkan di tepi jalan berkenaan rosak akibat terkena batang besi dan botol arak yang digunakan dalam pergaduhan itu.

Baru-baru ini tular satu video di laman sosial berdurasi 43 saat menunjukkan beberapa individu bergaduh dan merosakkan beberapa buah kereta di kawasan berkenaan.