Sila log masuk terlebih dahulu.

Marcos Jr angkat sumpah

Presiden Filipina baharu, Marcos Jr yang diapit anaknya melambaikan tangan kepada penyokong di Manila. - AFP
Presiden Filipina baharu, Marcos Jr yang diapit anaknya melambaikan tangan kepada penyokong di Manila. - AFP
A
A
A

FERDINAND Marcos Jr yang juga anak lelaki mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang baharu di Muzium Negara di bandar raya ini pada Khamis.

Marcos Jr, 64, atau ‘Bongbong’ memenangi pilihan raya bulan lalu selepas memperoleh kemenangan terbesar sejak bapanya digulingkan oleh pemberontakan pada tahun 1986.

Beliau menggantikan Rodrigo Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah dan mengancam untuk menembak mati pengedar dadah selepas dia meninggalkan pejabatnya itu.

“Saya pernah mengenali seorang lelaki yang melihat sedikit pencapaian sejak kemerdekaan tetapi dia berjaya melakukannya.

“Jadi, begitu juga dengan anaknya, anda tidak akan mendapat sebarang alasan daripada saya,” kata Marcos Jr selepas mengangkat sumpah dan mendakwa bapanya telah membuka banyak jalan serta menghasilkan beras daripada pendahulunya sebelum ini.

Majlis angkat sumpah itu diadakan beberapa hari selepas Mahkamah Agung menolak percubaan terakhir untuk membuat Marcos Jr hilang kelayakan daripada pilihan raya dan menghalangnya daripada memegang jawatan Presiden.

Lebih 15,000 anggota polis, tentera dan pengawal pantai telah dikerahkan di seluruh ibu negara untuk perasmian itu. - AFP MANILA

Artikel Berkaitan: