One Two Jaga Filem Terbaik FFM30

Namron
A
A

FESTIVAL Filem Malaysia (FFM30) menyaksikan filem terbitan Pixel Play Entertainment, One Two Jaga diiktiraf sebagai Filem Terbaik.

Filem arahan pelakon terkenal Namron itu telah mengalahkan antara filem-filem ramalan seperti Dukun, Guang dan Pulang. Manakala filem Munafik 2 pula merangkul Anugerah Box Office dengan jumlah kutipan sebanyak RM37,797,423.00 juta. Majlis berprestij yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC malam tadi dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang FFM30. Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan.

Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

Pengarah Terbaik: Namron (One Two Jaga)

Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

Datin Seri Umie Aida
Datin Seri Umie Aida

Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta)

Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)

Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil)

Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)

Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd)

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Seniman AR Badul

Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan

Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) dengan kutipan RM37,797,423.00

Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga)

Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)

Cerita Asal Terbaik: Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga)

Kostum & Busana Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun)

Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)

Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)

Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)

Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)

Skor Muzik Asal Terbaik: Nick Davis (Two Sisters)

Poster Terbaik: Jazzy Pictures (One Two Jaga)

Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa, Monoloque (Busker)


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia