'Tidak sangka boleh menang'

Anna Cheong-Mei Xing mencipta kejutan pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022. - Foto Badminton Association of Malaysia - BAM
Anna Cheong-Mei Xing mencipta kejutan pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022. - Foto Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A
A

BEREGU wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing mencipta kejutan pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022, apabila menyingkirkan pasangan nombor tiga dunia, Lee So-hee-Shin Seung-chan dalam perlawanan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis.

Bagaimanapun, pasangan nombor 44 dunia itu diberi tentangan sengit tewas set pertama 18-21 sebelum bangkit dengan kemenangan dalam dua set berikutnya, 21-12, 21-15 ke atas pasangan dari Korea Selatan tersebut dalam aksi 54 minit.

“Sejujurnya saya tak sangka boleh menang dalam perlawanan ini. Mungkin bermain di tempat sendiri sedikit sebanyak membantu kemenangan kami.

“Bagaimanapun kami tidak mahu terlalu selesa dengan kemenangan ini dan harap boleh mengekalkan prestasi ini dalam perlawanan esok,” kata Anna Cheong kepada media selepas perlawanan.

Di suku akhir, Anna-Mei Xing akan berdepan pemenang perlawanan Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul dari Thailand menentang beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.