91 peratus kes berkait dadah telah didakwa di mahkamah

Muhamad Zaki (dua dari kiri) turut serta bergotong-royong pada Majlis Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kontinjen Kelantan di IPK pada Khamis.
Muhamad Zaki (dua dari kiri) turut serta bergotong-royong pada Majlis Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kontinjen Kelantan di IPK pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 91 peratus kes berkait dadah di Kelantan yang telah dibuka kertas siasatan sudah berjaya dituduh di mahkamah bermula Januari hingga Mei tahun ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain itu sebanyak 95 peratus kes dadah berjaya diselesaikan di mahkamah.

Bagi seluruh daerah di negeri ini pula, polis telah berjaya menyelesaikan lebih 70 peratus kes melibatkan dadah.

"Perkembangan ini sesuatu yang baik dalam membanteras penyalahgunaan dadah di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan sebanyak 70 peratus kes yang dikendalikan di mahkamah di Kelantan membabitkan kes jenayah berkaitan dadah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain kes dadah, kes berkaitan pengurusan tanah adalah kes kedua tertinggi di negeri itu.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, polis Kelantan akan memastikan setiap kes membabitkan tangkapan dadah di negeri ini akan didakwa di mahkamah bagi memastikan pelaku mendapat hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Kita berharap kes-kes tangkapan dadah ini berkualiti, terancang dan teliti bagi membolehkan pertuduhan serta hukuman dapat dijatuhkan," katanya