Sila log masuk terlebih dahulu.

Penyerang tidak dikenali bunuh wartawan di Mexico

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MEXICO CITY - Penyerang yang tidak dikenali bertindak membunuh wartawan Antonio de la Cruz dari akhbar tempatan Expreso dan mencederakan anak perempuannya di kediaman beliau di Ciudad Victoria,Tamaulipas, lapor Sputnik.

"Pagi ini, de la Cruz, wartawan akhbar Expreso, dibunuh.

"Menurut maklumat awal, beliau diserang di rumahnya sendiri di jalan Puerta de la Luna, di kawasan Puerta de Tamatán di Ciudad Victoria," menurut akhbar itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anak perempuannya turut cedera dalam serangan itu.

Pada 2021, tujuh wartawan Mexico dibunuh, disifatkan sebagai angka tertinggi di dunia, menurut pertubuhan hak asasi manusia Articulo 19.

Dalam pada itu, seramai 35 wartawan terkorban dalam tempoh tiga tahun Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memerintah. - Bernama

Artikel Berkaitan: