Nasib berbeza Djokovic, Murray

Djokovic ketika beraksi menentang Kokkinakis.
Djokovic ketika beraksi menentang Kokkinakis.
A
A
A

JUARA bertahan, Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga Wimbledon selepas menewaskan wakil Australia Thanasi Kokkinakis.

Pada aksi tersebut, Djokovic tidak berdepan laluan sukar apabila menang secara straight 6-1, 6-4, 6-2 dan akan berdepan rakan senegara dari Serbia, Miomir Kecmanovic untuk tempat ke kelompok 16 terakhir.

“Saya gembira dengan persembahan yang ditampilkan hari ini. Saya bermula sangat bagus pada perlawanan ini.

“Saya membuatkan dia (Kokkinakis) bekerja keras untuk setiap mata dan menyebabkan dia berlari keliling gelanggang,” kata Djokovic yang juga merupaka pemenang 20 kejuaraan Grandslam.

Dalam aksi yang lain, nasib berbeza dialami wakil tuan rumah, Andy Murray selepas tewas kepada wakil Amerika Syarikat, John Isner.

Murray yang juga juara pada edisi 2013 dan 2016 tewas 6-4, 7-6 (7/4), 6-7 (3/7), 6-4 kepada Isner pada pusingan kedua.

“Sejujurnya, Murray merupakan pemain yang hebat. Mungkin saya sedikit bernasib baik pada hari ini apabila menang pada perlawanan ini.

“Saya juga boleh katakan aksi ini merupakan kemenangan terbesar dalam karier saya,” kata Isner.