Tun Mohd Ali lawat rakan seperjuangan MBM

Mohd Ali (dua dari kiri) bersama Abdul Rahman (tiga dari kiri) melawat Ramly di rumahnya di Kampung Indah Morib pada Rabu.
Mohd Ali (dua dari kiri) bersama Abdul Rahman (tiga dari kiri) melawat Ramly di rumahnya di Kampung Indah Morib pada Rabu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam meluangkan masa kira-kira dua jam melawat bekas Setiausaha Majlis Belia Selangor, Ramly Mohd Sharif yang uzur di rumahnya di Kampung Indah Morib di sini pada Rabu.

Mohd Ali yang tiba selepas selesai mesyuarat Majlis Raja-Raja mengadakan lawatan mengejut diiringi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Menurut Abdul Rahman, Mohd Ali mengadakan lawatan tersebut atas kapasiti bekas Presiden Majlis Belia Malaysia dan Presiden Persidangan Belia Sedunia (WAY) yang melawat sabahat lama dalam pergerakan belia tanah air.

"Ramly merupakan rakan seperjuangan bersama Mohd Ali yang banyak membantu beliau sebelum menjadi Presiden WAY.

"Beliau juga merupakan Ahli Dewan Tertinggi MBM ketika saya menjadi timbalan presiden," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Abdul Rahman berkata, Ramli aktif sebagai aktivis belia pada era 70an dan kini terlantar di rumah akibat sakit tua kira-kira tiga bulan lalu.