Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s hargai jasa guru

A
A
A

Cikgu Tan menerima AGI McDonald's 2022 daripada Mohd Radzi.
Cikgu Tan menerima AGI McDonald's 2022 daripada Mohd Radzi.

Restoran khidmat segera, McDonald’s menghargai usaha warga pendidik di seluruh negara dengan penganjuran Anugerah Guru Inspirasi (AGI) untuk kali keenam tahun ini.

Melalui anugerah tersebut, McDonald’s Malaysia mengiktiraf golongan pendidik yang sentiasa berdedikasi demi mendidik pemimpin masa hadapan negara.

Tahun ini, seramai 25 guru telah dipilih untuk menerima AGI McDonald’s berdasarkan kisah paling berinspirasi dan pemenang telah menerima wang tunai RM5,000 manakala pencalon yang mencalonkan guru menerima baucar McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti pemenang merangkumi kemampuan guru berkenaan meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran berinovasi, melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki untuk membantu pelajar serta memberi impak positif kepada diri pelajar.

Majlis penyampaian AGI McDonald’s tahun ini telah berlangsung di Kota Bharu, Kelantan yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada 14 Mei lalu.

McDonald’s Malaysia juga telah mengedar baucar hidangan percuma kepada 500,000 guru seluruh Malaysia sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka mendidik anak bangsa.

Mereka boleh menebus sama ada ‘Spicy Sesame McChicken’ dengan minuman atau ‘Sausage McMuffin with Egg’ dan kopi Americano dan baucar tersebut boleh digunakan dari 16 Mei hingga 30 Jun 2022.

Kisah inspirasi penerima AGI McDonald's 2022

Cikgu Suffi terap pendekatan kasih sayang

Cikgu Suffi memberi inspirasi kepada guru-guru dan pelajar untuk menghasilkan pelbagai video pendidikan menarik.
Cikgu Suffi memberi inspirasi kepada guru-guru dan pelajar untuk menghasilkan pelbagai video pendidikan menarik.



MENERAPKAN nilai kasih sayang serta pendekatan yang mudah menjadikan guru Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Lumut, Perak, Muhammad Suffi Yusof dipilih antara penerima AGI McDonald’s bagi tahun ini.

Beliau antara pengasas Akademi Youtuber yang menjadi platform guru-guru lain belajar menghasilkan video pendidikan bagi memenuhi keperluan pendigitalan ketika berhadapan pandemik Covid-19.

Video-video yang dihasilkan oleh hampir 20,000 guru seluruh negara itu digunakan oleh guru lain, pelajar serta ibu bapa sebagai panduan dan bimbingan mereka ketika proses Pengajaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Muhammad Suffi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Suffi juga memberi inspirasi untuk menghasilkan pelbagai video pendidikan menarik bagi membantu pelajar agar tiada yang ketinggalan dalam pendidikan.

Muhammad Suffi Yusof
Muhammad Suffi Yusof



“Saya bercita-cita menjadi guru kerana ingin mengikut jejak langkah bapa yang juga seorang guru.

“Kesungguhan dan kegigihan bapa yang tidak jemu mengajar di sekolah menjadi pendorong buat saya untuk menjadi seorang pendidik sejak kecil lagi.

“Saya juga melihat keperibadian guru saya, Cikgu Musalmah yang sanggup luangkan masa selepas waktu sekolah mengajar saya membaca. Ini memberi petunjuk bahawa pengorbanan seorang guru sangat mulia dan tidak pernah kenal erti penat,” katanya.

Cikgu Suffi menitipkan pesanan kepada bakal guru agar memberi perkhidmatan terbaik sebagai seorang pendidik tanpa mengharapkan balasan.

Cikgu Mohana ajar guna empat kaedah

Cikgu Mohana ketika Majlis Penyampaian AGI McDonald's yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 14 Mei lalu.
Cikgu Mohana ketika Majlis Penyampaian AGI McDonald's yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 14 Mei lalu.



GURU bahasa Inggeris Sekolah Perempuan Methodist (MGS) Ipoh, Mohana Ram, menerapkan empat kaedah utama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu mendengar, menulis, bercakap dan membaca.

“Saya amat menitikberatkan penguasaan bahasa Inggeris kerana apabila pelajar sudah tamat alam persekolahan, bahasa itu menjadi pertuturan seharian dan mungkin jadi satu kelayakan apabila memohon pekerjaan di masa depan.

“Pelajar tidak dibenarkan bercakap bahasa lain ketika saya mengajar supaya mereka lebih fokus dan mudah menguasainya.

Mohana Ram
Mohana Ram

“Saya juga selalu ingatkan mereka bahawa pendidikan sangat penting. Tanpa pendidikan adalah sukar untuk mereka bersaing,” katanya.

Bagi beliau, guru merupakan ‘jurutera’ yang membentuk pelajar untuk menjadi apa sahaja yang mereka kehendaki di masa hadapan.

Katanya, guru bukan hanya mengajar mengenai pendidikan malah turut membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar.

Didik murid tanpa mengira latar belakang

GURU Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Cheng, Pulau Pinang, Tan Wei Kuan disifatkan sebagai seorang guru yang tidak mengenal erti penat lelah kerana sentiasa bersedia mengorbankan kepentingan diri demi muridnya.

Lebih dikenali sebagai Guru Besar Tan, beliau secara sukarela membimbing muridnya yang lemah dalam subjek bahasa Melayu dan Matematik secara percuma selepas waktu persekolahan dan hari Sabtu.

Tan Wei Kuan
Tan Wei Kuan



Menurutnya, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk belajar serta menambah baik prestasi diri termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).

“Saya sentiasa menilai prestasi pelajar yang kurang pencapaian dan berusaha menggunakan pendekatan serta bahan pengajaran paling sesuai untuk membimbing mereka.

“Pendekatan untuk mendidik seorang pelajar perlu berdasarkan ciri-ciri dan kemampuan mereka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para pendidik supaya sentiasa berdedikasi dan sanggup berkorban demi masa depan anak murid.

“Layan pelajar dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri. Bimbinglah mereka dengan penuh kesabaran dan jangan sesekali berputus asa terhadap mereka, apatah lagi pelajar golongan OKU,” ujarnya