Bliese, produk Malaysia rupanya!

A
A
A

Bliese telah melahirkan hampir 20,000 usahawan di seluruh Malaysia meskipun baru dua tahun berada di pasaran.
Bliese telah melahirkan hampir 20,000 usahawan di seluruh Malaysia meskipun baru dua tahun berada di pasaran.



Ditubuhkan pada 17 September 2019, bliese mengorak langkah berani dengan melahirkan hampir 20,000 usahawan di seluruh Malaysia.

Pada ketika banyak syarikat gulung tikar di saat pandemik, bliese juga berjaya membantu usahawan mereka keluar dari kemelut kesusahan seperti dibuang kerja dan tidak disambungkan kontrak perkhidmatan.

Tidak cukup dengan itu, ada yang menjadikan Bliese sebagai sumber kewangan utama apabila pendapatan mereka meningkat 10 kali ganda berbanding ketika mereka bekerja.

Mengenali Bliese

Bliese (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar produk wangian bumiputera tempatan yang kini berjaya bersaing sebaris dengan jenama antarabangsa dalam pasaran negara.

Bliese menguasai 8% daripada saiz pasaran penjagaan udara di Malaysia bagi tahun 2021. Mereka juga mengimport cecair wangian dari Eropah yang pastinya terbukti berkualiti, menepati piawaian antarabangsa dan selamat untuk digunakan.

Terdapat 3 produk utama yang menjadi rebutan ramai seperti Bliese Wooden Cap yang biasanya digunakan dalam kenderaan, Bliesematic Automatic Spray sesuai untuk wangian di ruang tamu serta bilik tidur dan wangian badan Bliese Body Perfume.

Apa yang Bliese mahukan sebenarnya?

Di saat rakyat Malaysia terkesan dengan inflasi dan kos kenaikan harga barang yang mendadak, pengurusan Ibu Pejabat bliese sangat mengambil berat akan usahawan mereka.

Roadtour bertemu usahawan di seluruh Malaysia turut diadakan bagi memberikan jalan keluar dan solusi terbaik untuk menjana pendapatan.

Sesi latihan berterusan secara mingguan daripada pengasas Bliese sendiri memberikan impak dan semangat kepada barisan pemimpin utama mereka.

Bliese memupuk semangat keusahawan dan daya juang yang tinggi di kalangan usahawan mereka. Usahawan Bliese dididik tentang pengurusan syarikat, membuat jualan, mengurus kewangan dan strategi pemasaran sesuai dengan keadaan semasa.

Perubahan hidup luar biasa - Maria Saiful

Maria Saiful
Maria Saiful



“Saya memang tak percaya dalam masa empat bulan jualan yang saya perolehi mencecah RM1.5 juta! Ini satu pencapaian yang sangat luar biasa.

“Pengasas dan kakitangan di ibu pejabat banyak membantu dalam meningkatkan lagi jualan. Bliese merupakan bisnes pertama yang saya buat dengan bersungguh-sungguh dan pendapatan mula mencapai puluhan ribu sebulan.

“Bersama Bliese saya bangunkan syarikat sendiri iaitu Bliese Synergy Sdn. Bhd. dan mempunyai lapan orang kakitangan dengan sasaran pendapatan bagi tahun 2022 sebanyak RM6 juta.

“Bliese memberi saya peluang buktikan bahawa wanita juga boleh menghasilkan pencapaian yang luar biasa.”

Apa kata pengguna Bliese

Pelanggan setia Bliese
Pelanggan setia Bliese



“Saya sukakan produk Bliese kerana ia wangi, tahan lama dan tidak macam produk lain di pasaran. Kalau dah cuba sekali pasti akan beli nak cuba lagi. Saya sudah mengulang guna untuk semua rangkaian produk Bliese seperti pewangi rumah, minyak wagi dan pewangi kereta. Saya percaya dengan produk wangian yang dikeluarkan oleh jenama Bliese.” – Pelanggan setia Bliese

Apa yang Bliese boleh bantu?

Anda mungkin sedang melalui situasi-situasi seperti ini:

- Sedang mencari peluang berniaga.

- Suri rumah yang ingin bantu ringankan beban suami.

- Bekerja tetapi pendapatan bulanan asyik tidak mencukupi.

- Nak mulakan perniagaan tetatpi tidak tahu dari mana hendak bermula.

- Hasrat bantu keluarga dan ingin ubah kehidupan lebih baik.

Bliese membariskan tujuh kelebihan yang mampu dicapai oleh usahawan.

- Keuntungan sehingga 60%.

- Kumpulan sokongan yang aktif- coaching daripada pengasas Bliese & leader yang berpengalaman dan terbukti berjaya.

- Produk yang mudah dijual - permintaan tinggi.

- Ganjaran bulanan yang menarik.

- Dikenali ramai - hebahan di akhbar, radio, TV & papan iklan.

- Pelbagai pilihan produk - penyegar udara / minyak wangi / pewangi kereta.

- Bahan iklan yang meluas & berkualiti (copywriting / gambar / video).