Fonseca pengurus baru Lille

Fonseca
Fonseca
A
A
A

KELAB Ligue 1, Lille mengumumkan Paulo Fonseca sebagai pengendali baharu kelab itu dengan diberikan kontrak selama dua tahun bagi menggantikan Jocelyn Gourvennec.

Gourvennec sebelum ini dipecat sebagai pengurus pasukan itu selepas melalui musim suram apabila sekadar menamatkan liga musim ini di tangga ke-10

“Saya sangat berbangga dan gembira apabila dilantik untuk melatih sebuah pasukan yang hebat seperti Lille.

“Saya menyertai kelab ini bukan hanya kerana mereka hebat tetapi mereka juga mempunyai sejarah yang besar di Perancis.

“Walaupun tugas besar menanti saya nanti, saya harap saya mampu melakukannya dengan terbaik. Saya tidak sabar untuk melatih pasukan ini,” katanya.

Untuk rekod, sebelum dilantik mengendalikan Lille, Fonseca merupakan ketua jurulatih pasukan AS Roma.

Antara kejayaan yang pernah diraih pengendali kelahiran Portugal itu ialah, membantu Shakhtar Donetsk memenangi tiga gelaran liga berturut-turut selain pernah membantu Porto menjuarai liga Portugal.