Covid-19: 2,605 jangkitan baharu, lima kematian

Malaysia merekodkan sebanyak 2,605 jangkitan baharu Covid-19 pada Rabu termasuk tiga kes import. - Gambar hiasan
Malaysia merekodkan sebanyak 2,605 jangkitan baharu Covid-19 pada Rabu termasuk tiga kes import. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 2,605 jangkitan baharu Covid-19 pada Rabu termasuk tiga kes import.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan, terdapat lima kematian dengan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,763 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 28,714 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan sejumlah 27,465 pesakit kuarantin di rumah, 1,187 menerima rawatan di hospital, dan 22 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 40 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 24 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 1,633 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,498,711.