Polis kesan saksi penting kes bunuh

Syed Masri diperlukan untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai saksi penting perbicaraan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto PDRM
Syed Masri diperlukan untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai saksi penting perbicaraan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto PDRM
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan saksi perbicaraan, Syed Masri Tuan Mansor yang diperlukan untuk hadir memberi keterangan berkaitan satu kes pembunuhan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki tersebut diperlukan untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1, 6, 7, 8, dan 16 Julai depan.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penama Syed Masri Tuan Mansor, nombor kad pengenalan 770405-03-6097 agar memberitahu penama dia merupakan saksi penting perbicaraan.

"Penama tersebut merupakan saksi perbicaraan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersabit laporan di Sungai Way Repot 11457/2018," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu beliau berkata, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Marzuqi Ibrahim di talian 013-2222566.