Program wakaf al-Quran diperluas ke institusi agama

Hashim (lima dari kanan) menyerahkan wakaf al-Quran kepada Najakhul Imam pada Program Ziarah ke Maahad Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang pada Rabu.
Hashim (lima dari kanan) menyerahkan wakaf al-Quran kepada Najakhul Imam pada Program Ziarah ke Maahad Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang pada Rabu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Program sumbangan wakaf al-Quran diperluaskan kepada institusi agama seperti masjid, surau dan maahad tahfiz serta pelbagai agensi lain bagi memperkenalkan Quran Corner kepada pihak tersebut.

Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, program tersebut sebelum ini difokuskan kepada golongan petugas barisan hadapan sejak ia dilancarkan semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada hujung Mac tahun 2020.

"Selepas tamat PKP, orang ramai terus menyumbang kepada program Wakaf al-Quran ini, jadi kita turut menyumbang kepada kepada pelbagai institusi seperti sekolah, perpustakaan desa, masjid dan sebagainya," katanya selepas Program Ziarah ke Maahad Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam di sini pada Rabu.

Hashim yang mewakili Karangkraf turut menyerahkan sumbangan 40 naskhah al-Quran kepada Timbalan Pengetua Maahad Tahfiz Mandarin, Najakhul Imam Muhibbin.

Dalam perkembangan sama, seramai 30 orang ahli kariah Surau Al-Islah Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh turut bekerjasama dengan pihak Karangkraf bagi menyokong program yang diadakan.

Bilalnya, Mohd Noordin Kimi berkata, sebanyak RM3,000 turut disumbangkan kepada maahad tahfiz tersebut hasil dana tabung asnaf di surau berkenaan.

"Kali ini kita memilih maahad tahfiz di Pulau Ketam, di sini kerana ia merupakan satu-satunya institusi agama Islam yang berada dalam komuniti bukan Islam di Malaysia, namun ia boleh (terus) wujud.

"Jadi kita perlu sokong dan terus beri bantuan supaya mereka terus berkembang," ujarnya.