Pasukan badminton Allianz Malaysia giat berlatih

Sean Wang (kiri) selepas latihan dengan pasukan Allianz Malaysia minggu lalu.
Sean Wang (kiri) selepas latihan dengan pasukan Allianz Malaysia minggu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan badminton Allianz Malaysia Berhad tamat menjalani latihan serta sesi sparring terakhir di Sport Arena Sentosa minggu lepas sebagai persediaan menghadapi kejohanan Allianz Media Badminton Terbuka 2022 yang akan diadakan pada Khamis.

Kejohanan berpasukan ini sepatutnya diadakan setiap tahun tetapi telah ditangguhkan selama dua tahun kerana pandemik Covid-19.

Edisi tahun ini akan menampilkan tujuh pasukan termasuk Allianz Malaysia, berbanding edisi pertama yang hanya menampilkan lima pasukan.

Pasukan lain dalam kejohanan ini ialah The Star, New Straits Times, China Press, Kosmo, Astro dan Sinar Harian.

“Kami sentiasa menantikan permainan badminton bersama rakan-rakan media kami. Sudah dua tahun semenjak kali terakhir kami menganjurkan kejohanan ini atas sebab sama seperti semua orang menangguhkan aktivit-aktiviti mereka.

"Kami semua adalah pemain sosial yang juga serius, justeru itu, kami memutuskan untuk membuat persiapan untuk kejohanan ini.

Secara keseluruhannya, saya bangga dengan persiapan kami dan berharap dapat memberi saingan yang sengit kepada rakan media kami,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad merangkap kapten pasukan Allianz Malaysia.