Sila log masuk terlebih dahulu.

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kiri) berkenan beramah mesra bersama penerima biasiswa selepas mengurniakan BYDPA di Istana Negara pada Rabu. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kiri) berkenan beramah mesra bersama penerima biasiswa selepas mengurniakan BYDPA di Istana Negara pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, pada Rabu.

Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana.

Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.

Penuntut menerima biasiswa di peringkat PhD ialah RK. Tharini, 24, yang melanjutkan pelajaran dalam Sains Genetik di Universiti Cambridge di United Kingdom, Nur Dini Fatini Mohammad Faizal, 23, Penyelidikan Sains Farmaseutikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Diikuti, Muhammad Mohamed Amin, 27, (Kejuruteraan Pembuatan, UKM); Nurfatihah Zulkifli, 25, (Biokimia, Universiti Malaya); Syed Muhammad Iqbal Syed Othman, 26, (Bioteknologi Tumbuhan, UKM); Nur Alia Afifah Zakaria, 24, (Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM); Chai Jian Yi, 26, (Sains Perubatan, UKM) dan Soon Wan Chi, 24, (Kejuruteraan Kimia, USM).

Bagi penerima biasiswa BYDPA di peringkat sarjana pula ialah Omar Akbar Khan, 27, (Ekonomi, London School of Economic); Toh Liang Su, 25, (Sains Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia); Ain Nur Afifah Azman, 22, (Sains Genetik, UKM); Nursyamimi Ramli, 26, (Sains Perubatan, UKM).

BYDPA diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini sebanyak 17 sesi penawaran telah dilaksanakan merangkumi 187 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Zulkapli Mohamed. - Bernama

Artikel Berkaitan: